Sunday 18 October 2015

AKHBAR-AKHBAR YANG BERPERANAN MENCETUSKAN SEMANGAT PERJUANGAN

  1. Al-Imam - Syed Sheikh Al-Hadi di Singapura
  2. Al-IkhwanSyed Sheikh Al-Hadi di Pulau Pinang
  3. Saudara Syed Sheikh Al-Hadi di Pulau Pinang
  4. Neracha - Haji Abas Mohd Taha di Singapura
  5. Majlis - Abdul Rahim Kajai di Kuala Lumpur
  6. Warta Malaya Dato' Onn Jaafar di Singapura
  7. Utusan Melayu - Abdul Rahim Kajai di Singapura
  8. Chenderamata - Guru-guru pelatih Maktab Sultan Idris
  9. Fajar Sarawak - Komuniti Melayu Sarawak
  10. Lembaga Melayu - Mohd Eunos Abdullah di Singapura
  11. Panduan Guru - Mohamad Hussin Rashid

Tuesday 13 October 2015

PENUTUP

     Peranan akhbar dan majalah dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan orang Melayu amat jelas. Isu-isu berkaitan sosial, ekonomi dan politik yang disiarkan menyebabkan pembaca mendapat idea baru dan pendedahan tentang gerakan nasionalisme di luar dan di dalam negara. Mereka dapat membandingkan dan menilai kesan penjajahan terhadap kemajuan ekonomi, pendidikan dan politik.
           Generasi masa kini yang bakal menjadi pemimpin negara perlu menyediakan diri dengan imlu agama yang kukuh. Selain itu, generasi yang tidak mempunyai didikan agama yang kukuh boleh membawa kepada kejatuhan negara dan bangsa. Manakala, generai yang celik agama dan mampu memimpin umat manusia pada masa akan datang. Selain itu, generasi muda perlu menjadi pembela agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.
KAEDAH KAJIAN


Dalam kajian ini, kami telah menggunakan kaedah kepustakaan bagi menyempurnakan kajian kami keatas tajuk "Perjuangan dan Idea Semangat Kebangsaan"


  1. Kajian Ke Pustakaan
Kami menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk "Perjuangan dan Idea Semangat Kebangsaan." Maklumat-maklumat melalui akhbar, jurnal dan buku-buku. Misalnya, buku Pengajian Malaysia edisi kelima terbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Selain itu, kami membuat rujukan melalui internet. Kami memperolehi banyak maklumat tentang peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan. Antara laman web yang menjadi rujukan ialah:

  •  http://perananakhbardanmajalah.blogspot.com
  • http://fadilanabilamanja.blogspot.com 


KEPENTINGAN KAJIAN

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai beberapa kepentingan sama ada kepada penyelidikan atau pihak-pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Oleh itu, kajian ini juga turut mempunyai beberapa kepentingan yang boleh dimanfaatkan dalam diri masyarakat dan negara.


  • Kepentingan kepada individu
Kajian ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat-semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.Oleh itu, dapat menyemarakkan konsep perpaduan dalam perlbagai kaum di negara ini. Demikian itu, masyarakat juga tanah air.

  • Kepentingan kepada negara
 Kajian ini dijalankan untuk memberi implikasi yang berfaedah terhadap negara. Secara tidak langsung, negara akan aman dan harmoni kerana mempunyai masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri khalifah untuk mentadbir negara ke arah kemajuan dan mengawal kestabilan serta keselamatan negara terjamin dari ancaman anasir luar. 

 


















OBJEKTIF KAJIAN

  1. Mengenalpasti peranan akhbar dan majalah dalam perjuangan semangat kebangsaan.
  2. Mengetahui kesan positif perkembangan media cetak terhadap perkembangan semangat kebangsaan.

PERSOALAN KAJIAN

  1. Apakah kesan akhbar dan majalah dalam perjuangan semangat kebangsaan.
  2. Apakah kesan positif perkembangan media cetak terhadap perkembangan semangat kebangsaan.

Saturday 29 August 2015

Tema Hari Kebangsaan 2015

Tema Hari Kebangsaan 2015 Sehati Sejiwa


 #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun 2015 ini. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, semalam. 

Tema #sehatisejiwa dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

Tema Sehati Sejiwa

Ahmad Shabery berkata, mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. "Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja,

Monday 17 August 2015

Perjuangan & Idea - idea semangat kebangsaan melalui akhbar atau majalah (Proposal)

PENDAHULUAN

Mengikut terjemahan 'Dewan Bahasa Dan Pustaka' perkataan 'perjuangan' membawa maksud tunggak yang menjadi pegangan dan garis panduan kepada semua aktiviti, halatuju dan dasar sesebuah organisasi atau kelompok. 'Semangat kebangsaan' pula membawa maksud semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang untuknya.

Asas perjuangan ini biasanya dinyatakan dengan tujuan yang baik seperti untuk memelihara alam sekitar, menghapus kemiskinan, menyelamat nyawa dari bencana alam, rasuah dan meningkatkan ekonomi negara atau komuniti tertentu. Corak sesuatu perjuangan lazimnya berbeza dari segi pendekatan dan kaedah perjuangan. Selain perjuangan secara individu dan mengikut kaum, sesetengah golongan menyampaikan mesej perjuangan melalui mata pena. Akhbar dan majalah digunakan sebagai senjata dalam perjuangan ini. Media ini juga agak berkesan dalam menyampaikan mesej mereka, terutama dalam kalangan golongan pendidikan dan yang tidak suka akan kekerasan.Antara akhbar yang mengambil peranan tersebut adalah seperti Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara, Neracha, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu, Cenderamata, Fajar Sarawak, Lembaga Melayu dan Panduan Guru. Semangat nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terharap bangsa dan tanah air.


OBJEKTIF

  • Mengenalpasti peranan akhbar dan majalah dalam perjuangan semangat kebangsaan.
  • Kami juga dapat mengetahui kesan positif perkembangan media cetak terhadap perkembangan semangat kebangsaan.

LATAR BELAKANG

Semangat kebangsaan dibangkitkan golongan intelektual melalui akhbar, majalah dan penulisan kreatif. Perjuangan semakin berkesan dengan adanya pertubuhan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa. Penyebaran Idea Gerakan Islah iaitu idea pembaharuan "Kaum Muda" disebarkan melalui majalah Al-Imam. Majalah ini memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang melayu. Orang melayu mula sedar kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka. Antara seruan Al-Imam ialah menyeru orang melayu berpegang kepada al-quran dan hadis. Ia menekankan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan. Ia juga menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari. Selain itu, ia menasihatkan ibubapa supaya memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak. Disamping itu, ia menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan dan mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan.